MACAM MANA NAK SUKSES
DALAM HIDUP?
Siapalah
diantara kita yg tak nak hidup sukses?? Rasanya tak ada! Tapi, kenapa hidup
kita ni macam tak maju-maju juga sedangkan dah macam-macam perkara yg kita
lakukan. Macam mana ni?? Jangan sedih, you all boleh sukses dalam idup asalkan
you all bersedia meninggalkan sikap yg boleh membuatkan diri you all stuck,
daripada sekarang.
1.
JANGAN
SUKA BUAT PERBANDINGAN
Setiap drpd
kita mempunyai cara & gaya tersendiri. Begitu juga dlm menyelesaikan
sesuatu. Jadi,tak payahlah you all membandingkan diri you all dengan org laen.
“dia tu blajar sejam aje, boleh aje dpt result gempak. So, buat ape aku belajar
separuh mati mcm skrng ni.” Hmmm… you all perlu tahu kapasiti you all tu tak
sama dngn org laen.
2.
JANGAN
ASYIK KATA” TAK BOLEH!”
Belum apa-apa
lagi you all dah kata tak boleh. Janganlah macam tu sebab belum dicuba, belum
tahu resultnya. Kalau betul you all ni gagal, cuba lagi. Sekiranya masih juga
gagal, teruskan mencuba sehingga Berjaya. Jangan mudah berputus asa. Tak elok
tu!!
3.
BELAJAR
HARGAI DIRI ORG LAIN JUGA
Kalau you all
nak tahu, org yg sukses bukan setakat hanya menghargai dirinya sendiri aje.
Sebaliknya, mereka juga turut menghargai org laen. Ingat ya jangan sesekali
memandang rendah terhadap mereka yg berada di posisi :bawah” kerana kita tidak
akan tahu apa yg mereka sanggup lakukan suatu hari nanti. Jadi, pastikan you
all tidak lupa untuk mengucapkan kata “terima kasaih” dan ringan tulang untuk
membantu disaat pertolongan drpd you all diperlukan.
4.
‘KUBURKAN’
TERUS KENANGAN LALU
Perkara yg
lepas, sebaiknya jangan dikenang-kenangnya lagi. Ia hanya akan membuatkan diri
you all menjadi lebih lemah dan tidak bersemangat untk meneruskan kehidupan.
Sekali kita gagal, tidak bermakna kita akn gagal untk selamanya.lagipun
everybody makes mistakes kan? Semakin cepat you all melupakan kenangan buruk
& memaafkan diri sendiri, semakin cepat you all dapat keluar dr kenangan
lalu.
5.
JANGANLAH
TERUS JADI ‘BUDAK KECIK’!
Bersikap
seperti budak kecik hanya akan membuatkan diri you all jauh dari kehidupan yg
sukses,. Buangkan semua sifat2 buruk you all tu, misalnya seperti suka
bergosip, mengumpat, dengki dngn kejayaan org laen, ego &sentiasa mahu
menag sendiri tu. Cuba ubah diri you all tu menjadi berdisiplin &
bertanggungjawab.
6.
JANGAN
PENTINGKAN DIRI SENDIRI
Cuba perhatikan
mereka-mereka yg sukses & telah Berjaya di dunia ini. Di sebalik kejayaan
mereka, pasti ada seseorang yg mnjadi tulang belakang dan member sokongan yg
tidak berbelah bahagi. Sama jugalah macam kita yg sentiasa memerlukan org laen.
So, janganlah asyik fikirkan diri sendiri aje tau! Memerhatikan keperluan org
laen juga boleh menjadi kunci kejayaan kita
7.
JANGAN TAKUT TIMBA PENGALAMAN DAN CABARAN BARU
Kita ni
biasalah, kalau dah biasa dngn tempat tu, kalau boleh kita memang tak mahu
berganjak. Konon-kononya dah selesa sngt berada disitu. Tapi, you all harus
tahu dan percaya, kalau ingin maju you all harus akur untuk meninggalkan
“comfort zone” itu. Ditempat baru, misalnya disekolah baru, you all masih boleh
belajar lagi, mendapat kawan-kawan baru dan juga pengalaman baru. Mana tahu
lebih ‘best” kan??
8.
MESTI
ADA KEYAKINAN
Dalam pa jua
keadaan, kita harus ada keyakinan diri. Bukan bermakna you all ni harus over
confident, tetapi you all sebenarnya harus bangga dngan kelebihan diri you all
sendiri. Yakinlah yg tidak ada seorang pun yg lahir kedunia ni tanpa mempunyai
sebarang kelebihan. Kenali potensi diri you all dan kembangkannya semaksimum yg
boleh.